STOP ! SILA LIHAT SLIDE INI DULU...



" Penghantaran Terpantas Terus

kepada Anda Setiap Hari ! "

Dapatkan produk MAGIK & BERKESAN dari kami HARI INI !



7.2.13

PERTANYAAN BIASA MENGENAI SYAMPU NONI


1. Berapa lama rambut putih akan menjadi hitam ?
10 minit. Semasa meratakan syampu pun rambut sudah mulai hitam. Jadi, pastikan syampu diratakan dengan baik untuk mendapat rambut hitam berkilat.

2. Berapa lama tahan rambut hitam tu ?
Rambut yang sudah hitam selepas disyampu tidak akan kembali putih seperti sebelumnya. Apabila rambut putih yang baru tumbuh sudah banyak, ulanglah syampu sekali lagi.


3. Bolehkah rambut tumbuh hitam selepas menggunakan Syampu BSY ini ?
Boleh. Selepas penggunaan kerap ( 4 – 7 hari sekali ), selama beberapa bulan kemudiannya, rambut baru akan tumbuh hitam semula. Pakailah Enzim Noni untuk mempercepatkan keberkesanannya.


4. Adakah Syampu BSY ini seperti dye ?
Tidak. Syampu ini menyerap masuk ke dalam urat rambut, bukan menyelaputi seperti dye. Maka, ia sah di bawa solat.

5. Adakah Syampu BSY ini akan luntur pada tudung selepas digunakan ?
Tidak. Selepas mensyampu, bilaslah dengan bersih dan lap kering.


6. Rambut saya gugur teruk, bagaimana cara untuk pakai syampu ini ?
Semasa mensyampu, pastikan syampu diratakan pada kulit kepala dan urutlah kulit kepala anda. Perap kepala lebih lama sehingga 20 minit. Pasti, akar rambut anda menjadi lebih kuat !

7. Kanak-kanak boleh pakai ?
Boleh. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kelemumur, kulit kepala berkeping-keping, adalah digalakkan memakai syampu ini. Titiskan Enzim Noni pada tempat yang bermasalah teruk.


8. Adakah semua orang sesuai menggunakan syampu ini ?
Ya. Anda boleh menguji kesesuaian dengan menyapukan sedikit syampu dibahagian leher selama 10 minit. Jika tiada perubahan, anda boleh terus menggunakan syampu. Ujian ini adalah untuk mengenalpasti adakah anda alah kepada herba.

9. 1 peket syampu untuk berapa kali pakai ?
Sebaiknya, pakailah 1 peket syampu untuk sekali pakai kerana syampu yang sudah terbuka akan teroksida dan tidak lagi dapat menghitamkan rambut.


10. Lebih 50% rambut saya beruban, bagaimana cara pakai syampu ?
 Untuk pertama kali, pakailah 1 peket dahulu, ratakan dan perap 10 minit. Sapu dengan berus untuk kesan yang lebih rapi. Kemudian, bilas lah rambut hingga bersih. Pakai lagi 1 peket untuk mendapatkan kehitaman maksimum dan rata. Anda pasti puas hati.


11. Bolehkah saya memakai syampu yang lain ?
Anda boleh pakai syampu biasa pada hari-hari tidak memakai syampu BSY.


12. Bagaimana memastikan rambut kekal wangi ?
Selepas memakai syampu BSY, bilaslah bersih-bersih. Kemudian, pakai conditioner yang wangi dan perap 5 minit, dan bilas.